Takutnya Lihat Api Marak Dalam Kebakaran Uptown Kota Damansara

21 Nov 2023 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengguna media sosial melahirkan rasa takut dan gerun melihat suasana kebakaran yang melibatkan Uptown Kota Damansara sekitar jam 8 malam Isnin.

Api marak dan menjulang dapat dilihat dengan jelas dalam kebanyakan video dan foto yang tersebar di media sosial sekaligus membuatkan netizen juga menitipkan doa agar tiada kemalangan jiwa dan perkara lebih buruk berlaku.

Kebanyakan mereka juga meninggalkan komen dengan ucapan ‘semoga dipermudahkan’ buat semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Menerusi laporan Awani, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam insiden kebakaran namun 90 peratus kawasan perniagaan terkenal itu musnah.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataannya bagaimanapun memberitahu gerai-gerai di kawasan itu musnah teruk sehingga 90 peratus.

“Kebakaran melibatkan kawasan bangunan gerai-gerai Uptown Kota Damansara berkeluasan 70×100 kaki persegi yang 90 peratus terbakar.

Kejadian itu turut hampir memusnahkan sebuah pusat gimnasium Kelas B berkeluasan 40x60 kp terbakar 50 peratus.

"Kebakaran dapat dikawal pada pukul 9.06 malam,” menurut PGO Selangor dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas pihak bomba lagi, PGO menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 8.34 malam.

Komander Operasi PBK I KUP Narmizi Bin Hamzah turut mengesahkan sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik, BBP Damansara dan BBP Petaling dikerahkan ke lokasi kejadian.

Tambahnya, kerja-kerja pemadaman sepenuhnya sedang dilakukan oleh anggota Bomba.

Punca kebakaran bagaimanapun masih dalam siasatan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved