“Takyah Sibuk Nak Beristeri 2, I Pun You Tak Boleh Handle” – Penangan Abang Tesla, Anzalna ‘Warning’ Suami

Entertainment
22 Aug 2023 • 3:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa selebriti bersuara tentang isu poligami selepas tular kisah perkahwinan kedua pempengaruh di TikTok yang dikenali sebagai Abang Tesla.

Pelakon jelita Anzalna Nasir antara yang sempat mengulas tentang hal itu dengan cara berseloroh memberikan peringatan kepada suaminya, Hanif Zaki.

Menerusi Instagram, Anzalna dilihat membuka semula album gambar perkahwinan mereka pada tahun 2016 dan berkata dia mahu mengingatkan Hanif tentang itu.

Nak ingatkan suami berapa dia belanja untuk kahwin dengan I dan betapa cantiknya I waktu kahwin sampai viral!”

image is not available

Aktres berusia 35 tahun itu turut berkata jika seseorang suami itu menyayangi isteri, jagalah hati dan perasaan mereka bukan memberikan mereka madu pula.

Tambahnya, kebiasannya wanita sanggup buat apa sahaja dan berkorban jika mereka mencintai seseorang jadi sebagai suami berilah balasan yang sama.

Kadang-kadang perempuan nampak macam reda tapi dalam hati hanya dia saja tahu. Hargailan isteri kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan. Awas Hanif Zaki!”

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved