(TAKZIAH) Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

18 Dec 2023 • 6:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan penghibur lagenda, Datuk M Daud Kilau dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.46 petang tadi di Hospital Teluk Intan, Perak akibat komplikasi penyakit.

Berita duka itu disahkan anak lelaki, Ahmad Zaini Mohd Daud yang memaklumkan bahawa kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital sejak 12 Disember lalu.

image is not available

Sumber : Utusan  

Ayah saya memang ada penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.

Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak.

Maklum Zaini lagi, arwah sepatutnya menjalani pembedahan memotong kedua-dua kaki namun tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah yang tidak stabil.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, esok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

"Kali Ini Terpaksa Buat.." - Intan Liana Buka Tabung Sumbangan, Nak Balas Saman Ude Dan Izreen Azminda