Tali Lif Di Sebuah Resort Bali Terputus Korbankan 5 Nyawa Pekerja

3 Sep 2023 • 1:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kejadian tali lif terputus di sebuah resort di Bali, Indonesia baru-baru ini telah mengorbankan lima orang pekerja di pusat peranginan tersebut.

Memetik laporan Liputan6, kejadian tersebut telah berlaku di resort Ayu Terra yang terletak di Ubud, Bali pada Jumaat lalu.

Difahamkan, lif tersebut telah mengalami kegagalan fungsi sehingga menyebabkan lima orang pekerja resort yang berada di dalam lift pada ketika kejadian maut.

image is not available

Tali lif yang diperbuat dari logam besi telah putus dan menyebabkan lif jatuh dengan kuat ke bawah.

Kelima-lima mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah ketika kejadian.

Saksi kejadian menceritakan sebelum kejadian, dia sempat melihat kelima-lima mangsa pada mulanya menaiki lif bersama-sama.

Namun, tak lama kemudian setelah lif itu bergerak, dia tiba-tiba terdengar suara orang menjerit diikuti dengan bunyi ada sesuatu jatuh dengan kuat.

image is not available

Tiga daripada mangsa sempat dibawa ke hospital untuk rawatan namun mereka meninggal dunia tak lama kemudian.

Difahamkan juga, lif yang dinaiki mangsa bukanlah lif yang biasa kita temui di bangunan, sebaliknya ia ialah lif funicular yang digunakan untuk menaiki bukit.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.