Taman Eko Rimba Sungai Pauh - Port Camping Tempat Sejuk Boleh Ditempah Dalam Talian

25 Jan 2023 • 11:36 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bagi yang bercuti ke Cameron Highlands, Pahang dan ingin mencuba sesuatu yang baru -- mungkin mereka akan menginap di dalam khemah di tapak perkhemahan di Taman Eko Rimba (TER) Sungai Pauh.

Menariknya pengalaman perkhemahan di sini sangat digemari oleh pengunjung memandangkan mereka berpeluang berkhemah dalam keadaan cuaca sejuk dan dingin dengan suhu yang boleh mencecah sehingga 19 darjah celcius pada waktu siang manakala 15 darjah celcius pada waktu malam.

image is not available

Bagaimanapun disebabkan tapak perkhemahan TER Sungai Pauh hanya mampu menerima kehadiran pelancong yang bermalam seramai 100 pengunjung -- permohonan aktiviti berkhemah di sini agak mencabar dan kini ia boleh dilakukan secara dalam talian menerusi emel phdchcampsite@gmail.com.

Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands, Arifhadi Johari Affandi berkata pemohon hanya perlu mengemukakan nama, nombor telefon, bilangan peserta dan tarikh tempahan.

image is not available

Menurutnya, permohonan akan di proses dalam masa 3 hari bekerja dan status permohonan akan diberikan secara dalam talian kepada pemohon.

"Tempahan melalui dalam talian ini hanya sementara sebelum sistem tempahan aktiviti rekreasi dalam hutan simpan dilancarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang(JPNP) tidak lama lagi.

"Selepas sistem berkenaan dilancarkan tempahan tapak perkhemahan ini akan ditamatkan," katanya.

image is not available

Selain keadaan cuaca sejuk -- deretan pokok pine yang banyak terdapat di TER Sungai Pauh juga menjadi antara tarikan kepada pelancong yang berminat merasai pengalaman camping di sini.

Pelbagai aktiviti boleh diadakan pengunjung yang datang secara individu dan berkumpulan.

image is not available

Tapak perkhemahan ini lengkap dengan kemudahan tandas, surau, pondok, dataran dan sebagainya.

Bagi korang yang berminat untuk camping di TER Sungai Pauh dan mempunyai pertanyaan boleh menghubungi terus PHD Cameron Highlands di talian 05-4911384.

image is not available