Taman Permainan Indoor Terbesar Di Sibu Ini Bakal Dibuka Di Kin Orient Plaza

8 Apr 2025 • 9:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Playground Indoor Paling Besar Bakal Dibuka

Taman Permainan Indoor Terbesar Di Sibu Ini Bakal Dibuka Di Kin Orient Plaza. Warga Sibu nampaknya bakal menerima satu lagi tarikan baharu yang menjanjikan keseronokan seisi keluarga! Sebuah taman permainan indoor yang dikenali sebagai Happy Land Indoor Playground bakal dibuka tidak lama lagi di Kin Orient Plaza, berdasarkan sepanduk besar yang kini tular di media sosial.

Dengan slogan “Biggest in Sibu”, projek ini telah mencetuskan keterujaan ramai terutama dalam kalangan ibu bapa yang mencari lokasi sesuai untuk anak-anak beriadah dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.

image is not available

Happy Land Indoor Playground Buka Tak Lama Lagi

Gambar sepanduk berwarna ungu ceria dengan tulisan “COMING SOON” dan “INDOOR PLAYGROUND” telah menarik perhatian ramai, dengan ruangan komen di media sosial dibanjiri persoalan mengenai tarikh pembukaan rasmi.

Apa yang lebih menarik, reka bentuk konsep taman permainan ini yang turut dikongsikan dalam hantaran Facebook menunjukkan pelbagai kemudahan moden seperti gelongsor pelbagai tingkat, trampolin, kawasan memanjat, dan zon permainan interaktif yang pastinya membuatkan kanak-kanak teruja. Warna-warna ceria dan suasana futuristik menjanjikan pengalaman unik untuk seluruh keluarga.

Walaupun tarikh rasmi pembukaannya masih belum diumumkan, kehadiran Happy Land ini dijangka membawa nafas baharu kepada Kin Orient Plaza serta menjadikan ia destinasi wajib lawat di Sibu.

Jadi, warga Sibu dan kawasan sekitarnya, bersedialah untuk satu lagi lokasi ‘happy’ untuk anak-anak — tak lama lagi akan dibuka!

Baca juga di bawah: