Tamatkan Kemarau 8 Tahun, Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Piala Thomas

3 May 2024 • 9:37 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.

Memetik laporan Berita Harian, Dalam saingan suku akhir, gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang disenaraikan dalam perlawanan keempat menyumbang mata penentuan buat malaysia selepas menundukkan Akira Koga-Taichi Saito 21-18, 15-21, 12-21.

image is not available

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, kem negara turut memperolehi mata pertama menerusi Lee Zii Jia apabila dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto 13-21, 3-21.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia meraih mata ketiga untuk menyingkirkan Jepun 3-1 sekali gus menyaksikan mereka berjaya menamatkan badi kekalahan di tangan Koga-Saito selepas tewas dalam semua tiga pertemuan sebelum ini.

image is not available

Foto: New Straits Times

Untuk rekod, kejayaan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau lapan tahun untuk mara ke separuh akhir sejak kali terakhir pada edisi 2016 di Kunshan, China.Kali terakhir skuad negara menjuarai Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)