Tambah baik perkhidmatan, mudahkan urusan rakyat – Anwar

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 8:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tambah baik perkhidmatan, mudahkan urusan rakyat – Anwar

PETALING JAYA: Perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri merupakan antara pembangunan fizikal negara yang diteliti dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-51 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perkara berkenaan diteliti selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Katanya, semua pihak berkaitan perlu terus menambah baik penyampaian perkhidmatan bagi mengukuhkan ekosistem pelaburan serta memudahkan urusan rakyat.

“Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting bagi memastikan pembangunan negara dirancang secara inklusif, mampan dan menyeluruh, demi manfaat rakyat,” katanya. – UTUSAN 

The post Tambah baik perkhidmatan, mudahkan urusan rakyat – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved