Tambah Berat Badan Untuk Boxing, Jefri Nichol Mengaku Pernah Makan Daging Khinzir

8 Dec 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengaku pernah memakan daging khinzir.

Teraju utama filem ‘Ali Topan’ itu membuat pengakuan tersebut ketika diwawancara dalam satu program podcast yang dikendalikan oleh  Vincent dan Desta.

Menurut Jefri, dia memakan daging khinzir tersebut untuk menambah berat badannya sebagai satu persedian untuk bertinju bersama anak penyanyi Indonesia, El Rumi, tahun lalu.


Saya perlu menambah berat badan sebanyak 10 kilogram supaya berat badan saya sama dengan El Rumi.

‘Jika kamu perlu menambah berat badan, adakah itu bermakna kamu makan banyak nasi?’, soal Desta.

‘Saya makan banyak daging dan ada juga daging babi’, jawab Jefri.

Desta tidak hairan dengan jawapan yang diberikan Jefri kerana berfikiran dia bukan beragama islam.

Bagaimanapun, pelakon kacak berusia 25 tahun itu kemudiannya memberitahu bahawa dia menganut agama islam.

“Saya Islam,” kata Jefri ringkas.

Jawapan yang diberikan Jefri itu membuatkan suasana di studio sedikit janggal sehingga kedua pengacara itu bertanyakan soalan lain kepada Jefri.

Sebelum ini, Jefri juga pernah tular kerana membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 wanita.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved