Kota Kinabalu: Ketua Srikandi Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata jentera Srikandi akan menambah usaha dan program untuk mendekati rakyat sebagai satu usaha nilai tambah pemerkasaan parti.
“Inilah usaha kita memperkasa usaha perjuangan parti dan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Kita mahu usaha jentera kita membawa perjuangan parti sampai kepada rakyat di akar umbi,” katanya.


