Tambang Grab Jadi Semahal Tiket Kapal Terbang Disebabkan Pepijat

Digital
20 Aug 2025 • 1:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan seru pandu digunakan untuk keselesaan dan dalam sesetengah kes lebih murah berbanding memandu sendiri ke destinasi. Tak perlu risau bayaran parkir, tol, minyak dan meredah kesesakan jalan raya. Sekitar tengah hari tadi saya dikejutkan apabila tambang untuk perkhidmatan seru pandu Grab mencanak naik sehingga menjadi lebih mahal berbanding tiket penerbangan ke Jepun.

image is not available

Perjalanan sejauh 15 kilometer yang dilakukan menunjukkan tambang minima RM 1,515.30 yang melonjak ke RM 1,814 untuk Grab Premium. Kerana tambang yang melampau ini, saya melancarkan semula aplikasi dan barulah harga lebih munasabah sekitar RM17 dikenakan. Isu ini juga berlaku kepada pelanggan Grab di Singapura berbasarkan carian saya di media sosial utama.

image is not available

Grab mengeluarkan kenyataan mengatakan isu di dalam sistem mereka menyebabkan tambang yang salah dipaparkan dalam aplikasi. Ketika artikel ditulis isu ini telahpun kembali normal.