Tambang Percuma Buat Pengguna LRT Kelana Jaya Line Yang Terjejas – Rapid Rail

10 Nov 2022 • 10:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya pada 9 November lepas, hari ini Rapid KL memaklumkan bahawa mereka akan menambah 20 buah bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas.

Menurut tweet yang dikongsikan @AskRapidKL, Rapid Bus telah mendapat kerjasama dengan Smart Selangor dengan kekuatan 20 buah bas, manakala pihak mereka pula akan menyediakan sebanyak 83 buah bas untuk menampung jumlah penumpang yang tinggi.

Lebih 100 buah perantara ini akan menampung penumpang di 5 laluan seperti berikut:

  • Laluan LRT 1: Stesen Ara Damansara – Stesen Pasar Seni
  • Laluan LRT 2: Stesen Ara Damansara – Stesen Kelana Jaya
  • Laluan LRT 3: Stesen Kelana Jaya – Stesen Pasar Seni
  • Laluan LRT 4: Stesen Pasar Seni – Stesen Masjid Jamek
  • Laluan LRT 5: Stesen Masjid Jamek – Stesen Dato’ Keramat

Dalam pada itu, jumlah kakitangan juga akan ditambah seramai 80 orang warga Prasarana yang akan ditempatkan di stesen-stesen untuk bantu penumpang dari segi panduan menaiki bas perantara.

Tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan LRT

Dalam pada itu, bagi penumpang yang terjejas dengan gangguan perkhidmatan ini, pihak Rapid Rail akan memberi tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya.

Ia akan dilaksanakan selepas perkhidmatan laluan tersebut dipulihkan dan maklumat terperinci mengenai hal ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

image is not available

Perkembangan proses baikpulih LRT Laluan Kelana Jaya juga akan dimaklumkan dari masa ke masa kepada orang awam melalui saluran media.

Harap mereka yang terlibat dalam musibah ini bertabah dan dapat cari solusi atau alternatif lain ke tempat kerja buat sementara waktu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.