Tambang percuma sehingga 15 Julai 2022 untuk MRT, LRT, BRT, Monorail, dan Rapid KL

16 Jun 2022 • 1:39 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bersempena dengan pembukaan Fasa 1 Laluan MRT Putrajaya 16 Jun 2022, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan yang semua pengangkutan awam yang dikendalikan Prasarana akan memberi servis percuma selama sebualn bermula hari itu. Katanya, ia dalam usaha kerajaan untuk meringankan beban warga kota.

image is not available

Tambang percuma yang akan diberikan merangkumi sebahagian besar pengangkutan awam kendalian Prasarana di Lembah Klang iaitu:

  • LRT
  • MRT
  • BRT Monorel
  • Rapid KL

Perlu diingatkan yang inisiatif ini tidak termasuk pengangkutan seperti KTM Komuter, ERL KLIA, dan bus-bus awam yang dikendalikan syarikat bukan Prasarana.

MRT Putrajaya (MRT 2) adalah laluan yang bermula di stesen Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral. MRT2 melalui kawasan seperti Sri Damansara, Kepong, Jinjang, Sentul, Tun Razak Exchange, Serdang, Cyberjaya, dan berakhir di Putrajaya. Semuanya ada 41 hentian.

image is not available

Fasa 1 membuka 12 daripada 41 stesen daripada Kwasa Damansara hinggalah ke Kampung Batu merentasi laluan 17.5km. Laluan selebihnya dijadualkan akan mula beroperasi dalam bulan Januari 2023.

image is not available

Bacaan berkaitan