Walaweh, Percuma Sebulan Naik Pengangkutan Awam Rapid KL!

16 Jun 2022 • 2:42 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Wow, ini ada satu berita gembira 'hadiah' daripada Kerajaan kepada rakyat Malaysia!

Bersempena dengan pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu pada Rabu -- kesemua perkhidmatan pengangkutan awam meliputi MRT, LRT, BRT, monorel serta bas RapidKL adalah PERCUMA SELAMA SEBULAN mulai 16 Jun 2022.

image is not available

Berita baik itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang Rabu.

Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah :-

1) Damansara Damai

2) Sri Damansara Barat

3) Sri Damansara Sentral

4) Sri Damansara Timur

5) Metro Prima

6) Kepong Baru

7) Jinjang

8) Sri Delima

9) Kampung Batu

image is not available

Dalam pada itu, 13 laluan bas perantara juga akan memulakan operasi pada masa sama untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiran stesen seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong serta Bandar Baru Selayang.

Sehubungan itu, beliau berharap Keluarga Malaysia yang terbabit mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam itu dan meletakkan kenderaan masing-masing di 'Park N Ride' dan #JomNaikMRT.

image is not available

Sumber: Mstar