Tamim Dahri Mengaku Tak Bersalah Rosakkan Objek Suci Agama Hindu Di Langkawi

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 2:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tamim Dahri Mengaku Tak Bersalah Rosakkan Objek Suci Agama Hindu Di Langkawi

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kami ada melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan aktivis Tamim Dahri Abdul Razak dan membawanya pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan kes provokasi agama.

Walau bagaimanapun pada Sabtu (18 Julai) lalu, Tamim yang berusia 34 tahun tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Port Dickson, Negeri Sembilan pada jam 12.45 tengah hari.

Tamim Dahri Mengaku Tak Bersalah Rosakkan Objek Suci Agama Hindu

Terbaharu, Tamim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Langkawi atas pertuduhan merosakkan objek suci agama Hindu di tapak sebuah kuil lama di Langkawi pada Mac lalu.

Aktivis tersebut membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Hemy Annerina Haja Mydin.

Berdasarkan pertuduhan, Tamim didakwa merosakkan objek suci agama Hindu iaitu tombak cabang tiga atau soolam dengan pengetahuan bahawa perbuatan memijak objek tersebut adalah menghina agama berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terbabit di tapak lama Kuil Sri Muniswarar, Selat Panchor, Kuah pada 8 Mac lalu di antara jam 3.30 hingga 6.30 petang.

Ekoran itu, dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak Pendakwaan Mohon Tertuduh Tak Ditawarkan Ikat Jamin Namun Peguam Tamim Bantah

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ain Nur Sofea Noridan dan tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan.

Pihak pendakwaan kemudiannya memohon mahkamah agar tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh.

Permohonan itu dibuat atas alasan untuk mengelakkan tertuduh dari melarikan diri serta memastikan kehadirannya sepanjang prosiding berlangsung.

Walau bagaimanapun, Hanif membantah permohonan tersebut ekoran pertuduhan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang boleh dijamin.

Tambah Hanif lagi, anak guamnya itu memberi kerjasama dengan menyerah diri kepada polis apabila pulang ke tanah air selain bersedia untuk menyerah pasport dan melaporkan diri di balai polis mengikut syarat ditetapkan.

Mahkamah Benarkan Ikat Jamin Terhadap Tamim RM10,000

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin warga Malaysia.

Bukan itu sahaja, Tamim turut diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 23 Ogos sebagai sebutan semula kes bagi proses serahan dokumen.

Difahamkan ahli keluarganya membayar wang ikat jamin di kaunter Kompleks Mahkamah Langkawi.

Baca Artikel Berkaitan:

Polis Mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri – Saifuddin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved