Tamim Dahri didakwa rosakkan objek suci agama Hindu

21 Jul 2026 • 1:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tamim Dahri didakwa rosakkan objek suci agama Hindu
Tamim Dahri dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi pada Selasa.
Image from: Tamim Dahri didakwa rosakkan objek suci agama Hindu
Tamim Dahri didakwa merosakkan objek suci agama Hindu di tapak lama sebuah kuil di Langkawi, Mac lalu.
Image from: Tamim Dahri didakwa rosakkan objek suci agama Hindu
Tamim Dahri diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Langkawi pada Selasa.

LANGKAWI - Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merosakkan objek suci agama Hindu di tapak lama sebuah kuil di Langkawi, Mac lalu.

Tamim Dahri, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Hemy Annerina Haja Mydin ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Selasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa merosakkan objek suci agama Hindu iaitu tombak bercabang tiga atau 'soolam', dengan pengetahuan bahawa memijak objek itu adalah menghina agama Hindu.

**media[3589449]**

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tapak lama Kuil Sri Muniswarar, Selat Panchor, Kuah, di sini antara 3.30 petang hingga 6.30 petang pada 8 Mac lalu.

Oleh demikian, dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ain Nur Sofea Noridan memohon mahkamah agar tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana berisiko melarikan diri, berdasarkan rekod perjalanan keluar masuk negara.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Datuk Hanif Hassan memohon anak guamnya dibenarkan ikat jamin memandangkan pertuduhan bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan merupakan kesalahan yang boleh dijamin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin serta mengarahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

**media[3589450]**

Mahkamah juga menetapkan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada setiap dua minggu.

Kes akan disebut semula pada 23 Ogos depan.

Terdahulu, Tamim Dahri dilihat memakai baju-T hitam ketika dibawa ke Mahkamah Langkawi dengan diiringi anggota polis sekitar jam 9 pagi.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved