“Tampal Harini, Esok Tanggal” – Netizen Pertikai Cara JKR Baiki Jalan, Nampak Tak Ikhlas Buat Kerja?

14 Jun 2022 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, foto yang dimuat naik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) menampakkan mereka sedang menampal jalan berlubang telah menarik perhatian warganet untuk meninggalkan pelbagai komen.

Difahamkan dari hantaran yang dibuat oleh Kelab Info Malaysia melalui Facebook, pihak JKR sedang menampal jalan berlubang yang terletak di Lebuhraya Pasir Gudang Seksyen 9-10, Hala Pasir Gudang – Perling.

Satu perkara yang membuatkan netizen berasa sedikit ‘panas’ melihatnya adalah cara mereka menampal jalan yang berlubang itu dan hasilnya yang dikatakan tidak akan tahan lama.

Dalam pada itu, ramai berkata seandainya mereka menampal seperti itu, ia tidak akan dapat bertahan, lagi-lagi selepas hujan turun.

image is not available

image is not available

Tambahan lagi, ada yang mempertikaikan cara pihak JKR bekerja dan berkata orang kampung juga mampu untuk melakukan kerja yang lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh mereka itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 17 jam lalu

Terima Lamaran Jadi Isteri Kedua Lepas Kenal 2 Minggu Di FB, Netizen Tanya Kenapa Kahwin Di Siam?