“Esok hujan tertanggal” – Netizen Tak Puas Hati Tengok Cara JKR Tampal Lubang Jalan

Entertainment
13 Jun 2022 • 5:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa foto daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menarik perhatian umum, foto itu memperlihatkan mereka sedang ‘menampal’ lubang di jalan raya.

Berdasarkan perkongsian daripada Facebook Kelab Info Malaysia, mereka menampal lubang jalan di Lebuhraya Pasir Gudang Seksyen 9-10, Hala Pasir Gudang – Perling.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara lubang itu ditampal dan ia mengundang rasa tak puas hati netizen apabila melihat hasil tampalan itu.

Ada yang menyatakan bahawa tampalan itu tidak akan bertahan lama dan ada yang mengatakan ia akan kembali rosak seandainya hujan turun.

Ada juga yang mempertikaikan intergriti kakitangan tersebut dalam melakukan kerja selain daripada dakwaan mengenai dana oleh segelintir individu.

image is not availableimage is not availableimage is not available

image is not available

Walaubagaimanapun, perkongsian asal ini dilihat telah dipadamkan. Ala mungkin kalau nak turap seluruh jalan, ia akan menganggu aliran trafik nanti.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.