Tampil Bertopeng, Faisal Halim Buat Kemunculan Ketika Sesi Panaskan Badan Pasukan

Entertainment
4 Aug 2024 • 10:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali nampaknya kini sudah semakin sembuh kerana pemain berusia 26 tahun itu telah membuat kemunculan ketika perlawanan Selangor menentang Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Faisal atau lebih dikenali dengan nama Mickey telah tampil bertopeng kerana difahamkan, topeng tersebut dipercayai dipakai untuk melindungi bekas lukanya.

Menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh Astro Arena, Faisal telah membuat kemunculan ketika sesi pemanasan badan pasukan dan dia dilihat bersujud syukur terlebih dahulu.

@astroarena

Setelah pelbagai ujian yang datang, semangat yang di tanam tidak mudah untuk di padam! Kecil-kecil cili api Inilah Faisal Halim! #FACup2024 #DemiLigaKita #SELTER

♬ Let’s Go – JAXSON GAMBLE

image is not available

Difahamkan, buat masa ini, pemain sayap Selangor FC itu disenaraikan dalam senarai pemain simpanan pasukan Selangor.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.