
‘Malindon’, Pakaian Tradisional Murut Tahol Diperkenalkan Buat Pertama Kali Curi Perhatian Ramai
Tampil Buat Julung Kali di Pentas Unduk Ngadau, Pakaian Tradisi Murut Tahol Curi Perhatian Ramai. Pentas Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) kali ini bukan sahaja tentang kecantikan, tetapi juga tentang warisan – dan Velintinah Marcus buktikannya dengan gaya ‘all black’ yang cukup luar biasa.
Velintinah Marcus, wakil dari Daerah Kecil Pagalungan, mencuri perhatian ramai apabila tampil serba hitam dengan memperkenalkan ‘Malindon’, pakaian tradisi kaum Murut Tahol yang literally tak pernah ditonjolkan di pentas Unduk Ngadau sebelum ini.

Foto: ihsan AF Studio
Hitam Bukan Sembarang Hitam
Kalau anda rasa pakaian tradisi Murut biasanya sarat dengan manik-manik berkilau dan warna terang, Malindon pula bawa pendekatan yang back to basic — polos, ringkas, tapi sarat makna.
“Malindon bermaksud kain hitam. Ia dipakai semasa ‘ilau’ – satu upacara atau tarian tradisional,” kata Velintinah yang berasal dari Kampung Tataluan Sapulut, Nabawan, menurut laporan media tempatan.
Pakaian ini terdiri daripada dua bahagian utama:
• Ansirok/Sirokon (bahagian atas)
• Tapi Malindon (bahagian bawah)
Apa yang menjadikan ia lebih istimewa adalah bagaimana Malindon menggambarkan evolusi identiti Murut Tahol – dari hanya berbekalkan kulit kayu ‘Puputul’ sebagai pakaian, kepada sesuatu yang lebih tersusun seperti ‘Pinongkoloh’, dan kini ‘Malindon’.
Bukan Sekadar Kain – Tapi Seni Budaya Hidup
Yang paling wow? Aksesori tradisional yang mengiringi pakaian ini bukan calang-calang. Setiap satu ada cerita dan fungsi, bukan sekadar hiasan.
Velintinah kongsi antara aksesori ‘signature’ dalam pemakaian Malindon:
- Kimo – gelang tangan & kaki diperbuat daripada akar kayu belian. Prosesnya 100% manual dan sangat rumit.
- Sisingat kelapa – subang dari tempurung kelapa.
- Sisihot vungkas – hiasan leher yang rare.
- Pipirot linggit & lumpirot urip – tali pinggang duit & siput, bukan untuk simpan syiling je tau.
- Salupai & sinikot – mahkota dan hiasan kepala yang simbolik.
Dari Kampung Ke Pentas Nasional
Velintinah bakal bersaing bersama 50 finalis lain dalam pertandingan akhir UNK 2025 yang akan berlangsung 31 Mei ini di Hongkod Koisaan, Penampang.
Apa yang lebih membanggakan, penampilannya ini lahir daripada kerjasama rapi dengan pengkaji budaya seperti Ardianfasly Inggu dan Katty Hazanney Hanafi. Pakaian Malindon yang disarungnya dihasilkan dengan bantuan keluarga Ardianfasly, manakala aksesori ‘kimo’ pula ditempa oleh adiknya, Aizzat – antara yang masih menguasai seni ini.
“Saya ambil masa berminggu untuk betul-betul bersedia. Ini bukan sekadar pertandingan, tapi satu usaha memperkenalkan dan melestarikan budaya Murut Tahol,” katanya.
Inspirasi Untuk Anak Muda?
Velintinah bukan hanya ingin menang. Dia juga mahu penampilannya jadi inspirasi kepada generasi muda untuk kenal dan hargai budaya sendiri.
“Saya harap dengan penampilan ini, akan ada lebih ramai yang berani tampilkan budaya unik masing-masing – dan sedar yang warisan ini adalah kekuatan, bukan kekangan.”
Dan untuk pengetahuan, konsep ‘back to basic’ dalam UNK ini sebenarnya telah mula diperkenalkan sejak tahun 2015 oleh Datuk Joanna Kitingan – dengan matlamat mendorong peserta memakai pakaian tradisi autentik dari daerah masing-masing.
So, next time bila kita cakap pasal Unduk Ngadau, ingat – ia bukan sekadar ‘cantik luar’, tapi juga tentang cerita, asal-usul dan semangat yang dibawa di atas pentas. And Velintinah, you nailed it.
Baca juga artikel yang berkaitan:





