Tampil Dengan Gaya Rambut Berbeza, Imej Terbaru Rowoon Jadi Perhatian

19 Oct 2023 • 11:13 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, Rowoon telah menemui peminat dengan gaya rambut yang baru.

Terbaru pada 19 Oktober, Rowoon telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dalam perjalanannya ke Tokyo, Jepun, untuk jadual solo di luar negara.

Setibanya idola itu di lapangan terbang, ramai wartawan dan peminat telah menyambutnya dan berasa teruja melihat penampilan terbaru lelaki tersebut.

image is not available

Menerusi beberapa foto dan video yang dikongsi, Rowoon tampil dengan pakaian yang simple, namun berjaya menarik perhatian ramai dengan gaya rambutnya yang panjang dan berbeza dari sebelum ini.

Komen peminat di laman Twitter (X),

Wahh, dia berambut panjang!

 

Rowoon nampak macam pelakon anime la!

 

Makin nampak seksi bila rambut dia macam ni.

 

Dia benar-benar nampak seperti seorang model sebenar.

Rowoon sesuai la dengan imej macam ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.