
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tibanya Hari Raya pasti ramai yang teruja untuk menyambutnya bersama sanak-saudara.
Yelah selepas sebulan berpuasa, tibalah masa untuk kita semua menyambut kemenangan dengan meraikan lebaran ini.
Antara perkara menarik setiap kali tibanya Hari Raya pastinya lagu raya, yelah nak ambil vibes raya.
Apa yang lebih menarik, dengan adanya media sosial, ramai yang mengambil kesempatan untuk turut tampil dengan pelbagai video menarik mereka menyanyikan lagu Hari Raya bagi memeriahkan lagi Syawal.
Gelagat pelajar buat semula muzik video Serumpun raih perhatian
Baru-baru ini, sebuah sekolah turut tidak ketinggalan untuk menunjukkan bakat dan gelagat pelajarnya apabila membuat semula muzik video lagu raya Serumpun.
Umum mengetahui sebelum ini lagu Hari Raya Serumpun dinyanyikan oleh Mimi Fly dan lagu ini menjadi fenomena selepas penyanyi berkenaan menurunkan muzik video asal dan menukar kepada baharu selepas menerima teguran daripada orang ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mad Hasbi di TikTok, awalnya kelihatan sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul di sekolah untuk membuat muzik video berkenaan.
Apa yang menarik perhatian, kelihatan para pelajar berkenaan turut memakai baju Hari Raya seperti Baju Kurung dan juga Baju Melayu.
Malah pelajar lelaki dilihat lengkap dengan memakai samping sempena muzik video berkenaan.
Siap ikut satu persatu pergerakan macam dalam muzik video asal
Dalam video tersebut, kelihatan mereka mengikut satu persatu scene di dalam muzik video asal apabila terdapat aksi bersalaman antara satu sama lain dan banyak lagi.
Bukan hanya itu, mereka turut membuat tarian serta pergerakan bahasa isyarat dengan begitu kemas persis seperti penari dalam muzik video asal.
Kelihatan mereka membuat video tersebut dengan begitu bersemangat malah ia juga turut disunting dengan baik serta cantik.
Menurut Cikgu Mad Hasbi, pelajar berkenaan terdiri daripada pelajar tahun tiga dan enam dari Sekolah Kebangsaan Jeram, Melaka.
Jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat dalam video tersebut adalah 23 orang murid.
Ambil masa 2 jam untuk berlatih sebelum rakam muzik video
Jelas Cikgu Mad Hasbi kepada BuzzKini, dia melatih pelajar berkenaan selam dua jam sebelum merakamkan muzik video berkenaan.
Katanya latihan mereka bermula jam 8 pagi dan jam 10 pagi mereka sudah mula menjalankan rakaman.
Manakala video pula disunting oleh cikgu Mad Hasbi memandangkan beliau merupakan guru yang mengendalikan YouTube sekolah berkenaan.
Menurutnya lagi, dia hanya menggunakan iPhone 14 untuk membuat rakaman tersebut.
“Remake deleted scene MV (muzik video) Serumpun,” kata cikgu itu.
Remake deleted scene MV #serumpun @MimiFly – SK Jeram teaser video raya 2025 #serumpunchallenge
Ramai kagum lihat gelagat pelajar
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum melihat gelagat kanak-kanak berkenaan dalam muzik video tersebut.
Malah ada yang mengatakan mereka kelihatan cantik dan bergaya dalam video terbabit.
Tidak kurang juga ada yang bertanya bagaimana cikgu merakamkan video tersebut kerana setiap sudut suntingan dan pergerakan kamera dilihat begitu kemas.
“Semua cantik-cantik, akak dulu baju raya hijau tudung oren”

“Pergh adik, smart woo”

“Uish stylo, gentle cakap. Abang bangga kau tak amik lagu ‘kami budak gen z.'”




