Kanak-Kanak 3 Tahun Tular Keluar Berjalan Berseorangan Waktu Sahur Sambil Bawa RM2

LocalFamily & Parenting
28 Mar 2025 • 4:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini tular satu video memaparkan seorang lelaki yang meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung seorang kanak-kanak yang dijumpainya di Seksyen 5, Seri Kembangan, Selangor.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu turut menunjukkan wang yang dibawanya sebanyak RM2.

Kata lelaki berkenaan, kanak-kanak tersebut dilihat berjalan berseorangan jam 4 pagi sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Kanak-kanak keluar rumah ketika waktu sahur sambil bawa RM2

Terbaharu, polis memaklumkan kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu dilaporkan ditemui berjalan berdekatan sebuah kedai makan di kawasan berkenaan.

Jelas Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan anak kecil itu dijumpai oleh pengadu iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun sebaik selesai bersahur di kedai makan sekitar jam 3.42 pagi.

“Polis mengesan satu video tular di TikTok berkenaan kejadian memaparkan pengadu ternampak seorang kanak-kanak perempuan membawa wang RM2 di hadapan kedai makan tersebut.

“Pengadu kemudian membawanya (kanak-kanak) ke Balai Polis Seri Kembangan setelah kanak-kanak itu gagal menunjukkan rumahnya,” ujar Anbalagan, lapor Kosmo.

Polis terima laporan kanak-kanak hilang

Dalam pada itu, kata Anbalagan, polis turut menerima laporan kehilangan kanak-kanak kira-kira jam 4.35 pagi.

Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan itu kemudiannya telah datang ke balai polis sebaik menyedari kehilangan si kecil yang dipercayai keluar rumah menerusi pintu rumah yang tak berkunci.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berkenaan telah berjalan lebih kurang 100 meter dari pondok pengawal keselamatan apartment kediamannya.

“Kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan baik kemudian diserahkan kepada ibu bapa susulan pengesahan melalui sijil kelahiran.”

Source: