Tanah Jerlus Masjid India: Gas Beracun, Mudah Terbakar Di Tangki Loji IWK Cabaran Besar Pasukan SAR

27 Aug 2024 • 12:42 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gas berbahaya yang terkumpul di dalam tangki najis setinggi 15 meter di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini, menjadi cabaran utama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
 
Sumber memberitahu Bernama, perkara itu diketahui selepas pasukan SAR turun ke dalam tangki besar berkenaan yang menyimpan bahan kumbahan di sekitar ibu kota dengan masing-masing dua anggota pada Ahad dan empat anggota Isnin lepas.

"Terdapat pelbagai jenis gas berbahaya di dalam tangki berkenaan antaranya gas hidrogen sulfida dan gas metana yang bukan sahaja beracun, tetapi juga mudah terbakar," katanya.





 
"Kerja mencari menggunakan tangan dan alat khas. Semasa di dalam tangki, anggota pasukan SAR tidak boleh melakukan pergerakan secara kasar atau menguis longgokan najis dengan kuat kerana gas metana yang yang terkumpul mudah terbakar, segalanya mesti dilakukan dengan berhati-hati.