Tanah mendap berlaku, berhampiran lokasi tanah jerlus di jalan Masjid India

28 Aug 2024 • 9:41 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Satu kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku kira-kira 50 meter daripada lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Menerusi laporan Bernama, insiden berkenaan dipercayai berlaku pada 2.30 pagi tadi ekoran hujan lebat.

Kawasan berkenaan juga didapati telah ditutup untuk laluan orang ramai.

Terdahulu, seorang pelancong dari India, Vijayalechumy, terjatuh ke dalam lubang benam berkedalaman lapan meter di Jalan Masjid India.

Mangsa sekeluarga datang ke Malaysia kerana melancong.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) masih diteruskan sehingga kini, namun belum menemui sebarang petunjuk baharu.

Sebelum ini juga, ada laporan mengatakan seorang peniaga mendakwa ada mendapan jalan raya dikesan berhampiran lokasi kejadian pada bulan lalu.

Katanya, walaupun sudah diperbaiki, tetapi keadaan jalan raya dilihat seperti ‘berombak’.