Tanah Runtuh Batang Kali: Mangsa Ke-26 Ditemui Dalam Keadaan Memeluk Anjing Peliharaan

Entertainment
21 Dec 2022 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penemuan mayat mangsa ke-26 akibat kejadian tanah runtuh di Batang Kali amat menyayat hati apabila pihak bomba menemui mangsa dalam keadaan berpelukan dengan seekor anjing peliharaannya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mayat itu ditemui di sektor B, bersama seekor anjing yang telah mati.

Selain itu, dalam operasi pencarian di sekitar kawasan itu turut menemui seekor lagi bangkai anjing yang dipercayai milik mangsa.

image is not available

“Kita telah jumpa satu mayat di Sektor B, jadi mayat ini kita kenal pasti sebagai satu lelaki dewasa, namun umur tak boleh dianggarkan lagi. Setakat ini, mayat telah dibawa keluar dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.”

“Untuk makluman, bersama dengan mayat ada dua ekor anjing, telah dikeluarkan juga oleh anggota penyelamat dan diserahkan anjing tersebut kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut.”

image is not available

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor mengatakan bahawa pihaknya percaya ada lebih banyak mangsa bakal ditemui oleh anggota mencari dan menyelamat, lapor Astro Awani.

“Semakin lama semakin baik, Alhamdulilah yang kita jumpa bukan di Sektor C, tapi di sektor B, kita letakkan satu jengkaut tanah.”

“Hari ini kita jumpa dia (mayat mangsa) berpelukan dengan sekor anjing, dan seekor lagi di kawasan sekitar.”

Tambah Hafisham lagi, siasatan mendapati bahawa mangsa berkemungkinan berkhemah di sektor A iaitu di Hillview tetapi dipercayai dibawa arus hingga ke sektor B. Malah, beliau juga menyifatkan tiada lagi mangsa di sektor B dan kini tunmpu di sektor C dan A.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.