Tanah Runtuh: Di Sebalik Kesukaran Akibat Faktor Cuaca, Pasukan Penyelamat Tidak Patah Semangat

17 Dec 2022 • 8:57 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Operasi mencari dan menyelamat disambung pagi ini selepas dihentikan malam tadi akibat faktor hujan. - Gambar oleh Alif Omar

Pasukan petugas hari ini menyambung semula Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa-mangsa tragedi  tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya.

Biarpun berdepan dengan kesukaran di sebalik cuaca hujan, namun pasukan penyelamat dari pelbagai agensi ini tidak patah semangat.

Malah sejak semalam, mereka bertungkus lumus untuk mencari mangsa yang masih tertimbus

Jurufoto Getaran, Alif Omar yang membuat liputan di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya telah merakamkan operasi berkenaan.

Setakat malam tadi, 12 lagi mangsa masih hilang.

image is not available
Sebahagian daripada kawasan yang dilanda tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya.

image is not available
Salah seorang mangsa yang berjaya dibawa diselamatkan semalam.

image is not available
Mayat salah seorang mangsa tanah runtuh dibawa keluar dari lokasi kejadian, semalam.

image is not available
Hujan malam tadi mengakibatkan operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan ke pagi ini.

image is not available
Pusat kawalan polis dibuka di kawasan berhampiran tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya.

image is not available
Helikopter turut digunakan untuk meninjau keadaan di lokasi tragedi tanah runtuh itu.

image is not available
Petugas kesihatan memberikan rawatan kepada mangsa yang berjaya diselamatkan semalam.

image is not available
Setakat malam ini, 12 orang masih dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian tanah runtuh itu.

image is not available
Jalan masuk ke lokasi kejadian tanah runtuh itu ditutup untuk kerja menyelamat dan keselamatan.