Tanah runtuh di Taman Jasmin, penghuni lapan rumah dinasihat keluar

LocalEnvironment
9 Nov 2026 • 12:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tanah runtuh di Taman Jasmin, penghuni lapan rumah dinasihat keluar
Keadaan di lokasi kejadian di Taman Jasmin.
Image from: Tanah runtuh di Taman Jasmin, penghuni lapan rumah dinasihat keluar
Syahredzan (tiga kiri) meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Jasmin pada Isnin.

KAJANG – Penghuni lapan rumah di Taman Jasmin di sini dinasihatkan keluar sebagai langkah keselamatan susulan kejadian runtuhan tanah di kawasan cerun berhampiran kediaman mereka pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 7 malam itu berlaku ketika hujan lebat melanda kawasan berkenaan sehingga menyebabkan sebahagian cerun di belakang rumah penduduk runtuh.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan secara langsung terhadap rumah penduduk.

"Pihak bomba telah menasihatkan penghuni keluar dari kediaman masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jasmin," katanya pada Isnin.

**media[3704400]**

Syahredzan berkata, pihaknya bersama wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang turut turun padang bertemu penduduk yang terjejas bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan mereka.

"Bagaimanapun, saya dimaklumkan kebanyakan penduduk terbabit tidak duduk di PPS kerana memilih untuk tinggal sementara di lokasi lain.

"Malah, ADUN Kajang, David Cheong turut menyediakan penginapan hotel sementara bagi membantu sebahagian penghuni yang terkesan dengan kejadian itu," katanya.

Dalam pada itu, Syahredzan berkata, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan kanvas di kawasan cerun terlibat bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

"Saya sedang menunggu laporan lengkap berhubung insiden itu daripada pihak berkuasa dan MPKj bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved