Tanah runtuh di Taman Melawati, penghuni 20 rumah diarah pindah

15 Oct 2024 • 1:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 15 OKT: Penghuni 20 rumah berhampiran Jalan E6, Taman Melawati, Ampang diarah berpindah sebagai langkah berwaspada susulan kejadian tanah runtuh, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.42 pagi tadi.

“Runtuhan tanah di lereng bukit berkeluasan 20×20 meter dengan ketinggian 30 meter tidak melibatkan mangsa dan kediaman penduduk.

“Setakat ini semua dalam keadaan terkawal dan tidak melibatkan mangsa namun masih berlaku pergerakan tanah di kawasan kejadian,” katanya.

Menurutnya, pihak bomba dan polis akan melakukan pemantauan secara dekat sepanjang hari ini bagi menjamin keselamatan penduduk.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dilaporkan ditenggelami air selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi. Antara kawasan terlibat adalah pusat bandar Kuala Lumpur, Ampang, dan Ulu Klang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved