Tanah Runtuh Genting Highlands? Jalan Utama Tidak Terjejas, Boleh Naik Macam Biasa!

LocalTravel
20 Jan 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Insiden tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen di Genting Highlands, Bentong pada Jumaat lepas sebenarnya tidak menjejaskan orang ramai untuk ke pusat peranginan itu.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata akses ke peranginan tanah tinggi itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas dengan kejadian tanah runtuh itu.

"Ramai yang keliru, ada yang tanya dalam media sosial, sama ada boleh ke taman tema Genting Highlands, GHPO (Genting Highlands Premium Outlets), atau First World Hotel. Sebenarnya, tidak ada masalah untuk ke sana kerana ia tidak melalui jalan tanah runtuh itu.

"Laluan terlibat dengan tanah runtuh hanya jalan ke Amber Court atau hotel Ion Delemen sahaja, manakala jalan ke Skyworld, GHPO, dan lain-lain tidak terjejas," katanya.

image is not available

Zaiham berkata proses pembersihan di laluan tanah runtuh tersebut, masih dijalankan dan turut membabitkan kerja pembinaan benteng serta pemasangan penutup tebing oleh pihak berwajib.

"Memandangkan sudah hampir tiga hari cuaca hujan dan lokasi berkabus tebal selepas 5 petang, agak berbahaya sekiranya ada kenderaan bergerak pada waktu berkenaan. Jadi buat masa ini, laluan itu saya arahkan tutup bermula 7 pagi hingga 7 malam.

"Lokasi dikawal 24 jam oleh pihak berkuasa dan hanya dibenarkan keluar dari tempoh tersebut, sekiranya ada masalah kecemasan sahaja," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.