Tanah Runtuh: Harapan Dan Doa Moga Mangsa Terakhir Ditemui Segera

23 Dec 2022 • 8:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang anggota Bomba memerhati keseluruhan kawasan ketika operasi SAR dijalan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali. - Gambar oleh Sairien Nafis

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, yang bersambung pada pagi tadi,  masih belum menemui sebarang petunjuk positif.

Sehingga pukul 8 malam ini, SAR yang disertai 97 pegawai dan anggota diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan dibantu polis, Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam diteruskan.

Usaha pengesanan itu turut dibantu sembilan ekor anjing pengesan K9.

Jurufoto Getaran, Sairien Nafis berada di lokasi SAR itu sejak pagi tadi, dan beliau yang masih berada di sana berharap serta berdoa supaya operasi malam ini menunjukkan tanda-tanda positif.

image is not available
Sebanyak 11 jentera berat digunakan di lokasi pencarian untuk mengesan mangsa terakhir.

image is not available
SAR itu disertai 97 pegawai dan anggota diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dibantu polis, Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam

image is not available
Setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.

image is not available
Usaha pengesanan turut dibantu sembilan ekor anjing pengesan K9.

image is not available
Kelihatan beberapa jambangan bunga di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.