Tanah runtuh: Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh lengang

20 Dec 2022 • 2:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suasana di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) pula dilihat lengang bahkan tiada waris mangsa yang kelihatan berada di hospital ini

SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang memasuki hari kelima masih belum membawa kepada sebarang penemuan baharu setakat jam 2 petang pada Selasa

Suasana di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) pula dilihat lengang bahkan tiada waris mangsa yang kelihatan berada di hospital ini selepas kesemua 24 mayat yang ditemui dalam operasi SAR telah dituntut sebelum ini.

Pada Ahad, kesemua 24 mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm selesai dituntut oleh waris keluarga masing-masing.

Ia melibatkan empat jasad dewasa lelaki, 13 mayat dewasa perempuan, tiga kanak-kanak lelaki, tiga lagi kanak-kanak perempuan dan seorang bayi.

Setakat ini, seramai sembilan mangsa masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh, manakala 61 berjaya diselamatkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved