Tanah Runtuh: Laluan ke Betong dibuka satu lorong

LocalEnvironment
29 Nov 2024 • 12:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tanah runtuh menyebabkan Jalan Pengkalan Hulu - Betong dibuka satu lorong sejak Khamis. Foto: ihsan FB JKR Daerah Hulu Perak, Gerik

image is not available
Makluman penutupan jalan selorong di laluan Pengkalan Hulu - Betong, Thailand. Foto: ihsan FB JKR Daerah Hulu Perak, Gerik

image is not available
Tanah runtuh menyebabkanJalan Pengkalan Hulu - Betong dibuka satu lorong sejak Khamis. Foto: ihsan FB JKR Daerah Hulu Perak, Gerik

GERIK - Tanah runtuh mengakibatkan laluan FT077 Seksyen 4.80, Jalan Pengkalan Hulu - Betong di daerah Hulu Perak dibuka kepada satu lorong pada Khamis.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Perak menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, penutupan selorong laluan berhampiran sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand itu berkuat kuasa sehingga dimaklumkan kelak.

"Kawasan tanah runtuh dikenal pasti berlaku kira-kira 200 meter daripada pondok kawalan Pengkalan Hulu.

"Tindakan telah diambil dengan memasang Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dan menempatkan pekerja (flagman) dikawasan tanah runtuh. Pemantauan pergerakan cerun turut dilaksanakan," katanya.

Tambahnya, tindakan jangka panjang telah diambil dengan memajukan maklumat kejadkan ke Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR pada 10 September lalu bagi pembaikan kekal.