
Berikut merupakan hari kedua bagi misi cari dan menyelamat mangsa bencana tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali.
Menurut Bernama, cuaca hujan dilaporkan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.
Setakat ini, tiada mangsa yang ditemui sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk tragedi ini yang dilaporkan disambung semula pada 8.00 pagi tadi.
Namun begitu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Nor Azam Khamis memaklumkan bahawa operasi SAR pada hari ini dilaporkan mengalami kesukaran.
Hal ini berikutan, masih berlaku aliran air di kawasan runtuhan yang menyukarkan misi SAR pada hari ini.
Setakat ini, pasukan penyelamat masih belum dapat mengenal pasti lokasi bagi 12 mangsa yang masih lagi hilang, sejak malam tadi.
Operasi SAR hari ini sukar berikutan masih berlaku aliran air di kawasan runtuhan – Pengarah JBPM Selangor
Tanah runtuh: Lokasi 12 mangsa hilang masih belum dikenal pasti – Pengarah JBPM Selangor#BatangKali #TanahRuntuh pic.twitter.com/W7wsP683WF
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 17, 2022
Sumber: Bernama via Twitter
The post Tanah Runtuh: Lokasi 12 Mangsa Hilang Masih Belum Dikenal Pasti – Pengarah JBPM Selangor appeared first on Siakap Keli.
