Tanah runtuh: Mayat ibu, anak 3 tahun ditemui

16 Dec 2022 • 5:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat kedua-dua mangsa dipercayai berada di antara Sektor A atau B namun dibawa arus tanah ketika kejadian.

BATANG KALI - Dua lagi mayat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father Organic Farm, Jalan Genting, di sini ditemui pada Jumaat.

Mayat dua beranak dipercayai ibu dan anak perempuan berusia tiga tahun itu ditemui kira-kira jam 4.40 petang.

Mayat kedua-dua mangsa dipercayai berada di antara Sektor A atau B namun dibawa arus tanah ketika kejadian.

Setakat ini, jumlah mangsa yang maut disahkan seramai 18 orang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan baki keseluruhan mangsa yang sedang dikesan adalah seramai 15 orang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved