Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali: Rupanya Syarikat Kendali Tapak Khemah Tiada Lesen

16 Dec 2022 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, Hulu Selangor telah mengejutkan ramai orang.

Terbaharu, dilaporkan syarikat yang mengendalikan tiga tapak perkhemahan yang terjejas akibat tanah runtuh awal pagi tadi sebenarnya tidak mempunyai lesen untuk beroperasi secara sah.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.

“Saya difahamkan kawasan ini (tapak perkhemahan) beroperasi sejak 2020 lagi dan tiada permohonan untuk menjalankan aktiviti perkhemahan dibuat kepada pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Tegasnya, kesalahan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan telah menyalahi kesalahan mengikut Akta 133 Bangunan dan Parit di bawah Akta 113 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM50,000.

“Syarikat itu hanya ada kebenaran merancang bangunkan kebun organik dan tiada permohonan dibuat untuk aktiviti perkhemahan,” katanya.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengusaha tapak perkhemahan yang didapati tidak memohon lesen dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam pada itu, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua 155 PBT di seluruh negara supaya meminta pengusaha tapak perkhemahan mengosongkan kawasan berkuat kuasa pagi tadi.

“Arahan ini berkuat kuasa selama tujuh hari sehingga arahan lanjut dikeluarkan selepas penilaian dibuat bersama Jabatan Meteorologi nanti,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi mana-mana lokasi berisiko tinggi dan memilih tempat percutian yang selamat bagi menjamin keselamatan diri.

image is not available

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.