
RANAU: Penduduk sekitar Pejabat KPD Kg Mesilau Kundasang diarah berpindah serta-merta selepas kejadian tanah runtuh di sini pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang.
Advertisement“Panggilan diterima pada pukul 2.09 petang melalui Talian Stesen mengenai kejadian itu, dan sekumpulan tiga anggota diketuai Komander Operasi PBK II Mastin Suli bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi terletak 25 kilometer dari Balai Bomba Ranau, kita dapati berlaku kejadian tanah runtuh membabitkan pejabat KPD di kawasan itu.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Mujur tiada kecederaan dilaporkan dan tiada mangsa terlibat ketika kejadian,” katanya.
Menurut Ridwan, tindakan Bomba membuat pemantauan, memasang penghadang dan seterusnya menasihati penduduk di sekitar supaya berpindah ke tempat selamat.
AdvertisementKatanya, selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 3.25 petang.
Beliau menggesa penduduk di sini supaya sentiasa berwaspada selagi cuaca tidak stabil kerana, daripada apa yang dipelajari dalam bencana sebelum ini, keadaan boleh berubah dalam masa beberapa minit.
AdvertisementBeliau turut menasihatkan penduduk kampung di sini supaya tidak teragak-agak dan menghubungi Bomba Ranau 24 jam di talian 088-878779 atau mendail talian kecemasan 999 dengan segera sekiranya berlaku keretakan atau tanah runtuh lagi.
“Simpan dokumen penting di satu tempat (supaya) senang dibawa keluar sekiranya berlaku kecemasan, juga segera keluar rumah dan pergi ke tempat lebih selamat jika kejadian serupa berlaku pada masa hadapan,” katanya.





