Lantai Tiba-tiba Pecah, Sekumpulan Penari Tarian Singa Terjatuh Ke Dalam ‘Sinkhole’

Entertainment
7 Feb 2025 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malang tidak berbau apabila sekumpulan belia yang membuat persembahan tarian singa untuk sambutan Tahun Baharu Cina terjatuh ke dalam lubang besar selepas lantai koridor kedai di Jalan Bunga, Tuaran, Sabah runtuh.

Dalam kejadian pada hari Rabu kira-kira jam 11 pagi itu, tiga orang penari tarian singa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, tiga individu itu ditarik keluar dari lubang sedalam hampir satu meter itu oleh rakan sepasukan mereka.

image is not available

Rayner Ebi, 45, yang merupakan penduduk tempatan berkata, kejadian tidak dijangka itu mengejutkan orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan tarian singa.

“Nasib baik, tiada seorang pun daripada penghibur tarian singa itu cedera, dan mereka berjaya ditarik keluar dari lubang benam oleh rakan sepasukan mereka.

Insiden ini adalah peringatan jelas tentang kepentingan penyelenggaraan segera infrastruktur asas di bandar ini oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Rayner yang juga pegawai di pusat khidmat anggota parlimen Tuaran, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima berita mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu dia menggesa pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Daerah Tuaran mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan pejalan kaki terjamin.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.