Tanah runtuh rosakkan rumah di Lahad Datu, Sandakan

2 Feb 2025 • 3:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim dan Mardinah Jikur

LAHAD DATU: Tanah runtuh akibat hujan berterusan merosakkan dua rumah di Kampung Buang Sayang, Segama, di sini pada Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada 8.47 pagi dan mengerahkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat ke tempat kejadian.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sejurus tiba, pasukan melaporkan bahawa dua rumah mengalami kerosakan di bahagian belakangnya. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

“Pasukan melakukan pemantauan dan memasang penghadang serta menasihatkan pemilik rumah supaya berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk keselamatan dan tindakan lanjut.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Pasukan menghentikan operasi pada 9.35 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, di SANDAKAN, satu kejadian susur tanah dilapor berlaku di kawasan Taman Perumahan Pecky Valley, di sini, pada Rabu, dan penduduk terjejas dinasihatkan segera mengosongkan rumah mereka.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui berkata, tiga rumah penduduk terjejas teruk sementara penduduk yang tinggal di bawah kawasan itu juga mengosongkan rumah mereka pada Rabu.