Tanah Runtuh Sumatera Barat : Operasi Cari Asrul Nizam Masih Diteruskan – Duta

2 Dec 2025 • 4:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak berkuasa masih giat mencari seorang rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson yang dilaporkan hilang dipercayai terlibat dalam insiden tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 November lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata  operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut dikendalikan oleh pasukan keselamatan Indonesia.

Operasi cari Asrul Nizam

image is not available

“Operasi mencari masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada perkhabaran mangsa ditemui,” katanya.

Tragedi banjir besar yang melanda Padang Panjang menyebabkan beberapa kenderaan, termasuk yang dinaiki Asrul Nizam bersama keluarganya, dihanyutkan arus deras.

Artikel lain: PM Anwar Umum Peruntukan RM500 Juta Baiki Kerosakan Fasiliti Awam Terjejas Akibat Banjir

Operasi cari Asrul Nizam

image is not available

Asrul Nizam Apridwson

image is not available

Kelmarin, Kementerian Luar mengesahkan bahawa mangsa hilang dalam insiden tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat.

Susulan itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berurusan dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Barat serta polis tempatan (Polres Padang Panjang) bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai operasi SAR.

Sumber: Beita Harian (Amir Mamat)

The post Tanah Runtuh Sumatera Barat : Operasi Cari Asrul Nizam Masih Diteruskan – Duta appeared first on Borak Daily.