
BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki sembilan mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, diteruskan dengan menggunakan khidmat pasukan khas sweeper untuk mengesan mangsa di kawasan sungai berdekatan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata tujuh anggota sweeper telah digerakkan di sungai yang berada di luar ground zero kawasan pencarian.
“Memandangkan penggalian runtuhan tanah di kawasan disektorkan sudah capai tahap negatif iaitu sehingga mencecah tanah asal tapak perkhemahan dan masih belum menemukan sebarang mangsa, maka hari ini kita gerakkan tujuh anggota sweeper untuk cari di luar ground zero.
“Fokus pencarian pasukan ini ialah di kawasan aliran sungai yang keruh bagi mencari mangsa di situ. Tinjauan sudah dibuat di semua lokasi dikenal pasti, bagaimanapun masih gagal untuk buat sebarang penemuan,“ katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pos Kawasan Pusat Kejadian, di sini hari ini.
Selain itu, Noorhisham berkata bagi mengatasi masalah tanah lembut yang menyukarkan pergerakan jentera jengkaut di lokasi SAR, pasukan pencarian juga telah menebang pokok untuk dijadikan lantai bagi melancarkan operasi jentera berat di situ.-Bernama
