Tanam Gigi Taring, Limbad Dipanggil Syaitan

9 Jul 2025 • 8:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama ahli silap mata Indonesia, Limbad menjadi hangat selepas dia didakwa berdepan masalah sewaktu mahu menunaikan umrah baru-baru ini.

Limbad diddakwa ‘ditahan’ oleh pegawai imigresen di lapangan terbang Jeddah kerana gigi taring. 

Kisah tersebut pertama kali mencuri perhatian apabila pelawak Abdur Arsyad berkongsi pengalaman sebuah podcast yang dipandu Arie Kriting dan Praz Teguh. Abdur telah bercerita bagaimana Limbad yang memang terkenal dengan penampilan aneh dan eksentrik sempat ditahan di Jeddah.

“Limbad ada gigi taring yang telah ditanam sejak lama. Jadi petugas imigresen di Jeddah menahan dia. Paling lucu dia juag digelar syaitan.

“’Petugas jerit ‘syaitan, syaitan’,” dakwanya seperti dilaporkan Kapanlagi.com.

Namun kekecohan tersebut berakhir apabila Limbad memberitahu bahawa dirinya merupakan seorang selebriti dan ahli silap mata. Lelaki itu dikatakan telah menunjukkan bukti dirinya seorang artis seni menerusi potongan video di internet.

“Beruntung selepas melihat aksi Limbad di pentas, kekeliruan pun usai. Pihak imigresen faham bahawa gigi taring yang ditanam Limbad tidak berbahaya tapi hanya sebahagian daripada penampilan dirinya yang unik,” tambah Abdur lagi.

Malah penampilan Limbad saat mengerjakan umrah turut menarik perhatian umum. Ahli silap mata yang diketahui jarang bercakap ini dilihat masih tampil eksentrik.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved