Tanam Mayat Belakang Rumah, Polis Sahkan Motif Pembunuhan Kerana Sebar Gambar Bogel Rakan

4 Jan 2024 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada bulan Disember lalu, kita digemparkan dengan satu pembunuhan di Sungai Choh, Rawang, Selangor di mana mayat mangsa telah ditanam belakang sebuah rumah.

Terbaru, kes pembunuhan tersebut difahamkan berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek apabila mangsa dikatakan menyebarkan gambar bogel rakannya.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata enam orang suspek akan didakwa di mahkamah hari ini.

image is not available

Sebelum ini, mayat mangsa difahamkan telah ditanam di belakang rumah sebelum seorang wanita membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Pengadu menyatakan dia terdengar perbualan antara suami dan abang iparnya yang meminta tolong untuk menanam satu mayat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.