“Tanda akhir zaman” – Ustazah Asma’ Harun Kecewa Arab Saudi Sambut Halloween Besar-Besaran

Entertainment
31 Oct 2022 • 12:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Halloween adalah antara perayaan yang paling popular di negara-negara Eropah yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Selalunya, ia disambut oleh golongan kanak-kanak dan remaja yang berhias dengan memakai kostum yang menyerupai hantu.

Namun kebelakangan ini, negara-negara Islam juga tidak melepaskan peluang untuk turut meraikan perayaan ini untuk sekadar berhibur.

Macam baru-baru ini, sambutan Halloween yang disambut secara besar-besaran di Riyadh Boulevard, Arab Saudi telah menjadi tular di media sosial.

Ia menjadi bualan hangat kerana negara itu pernah mengharamkan dan tidak membenarkan rakyatnya untuk menyambut perayaan berkenaan.

Menurut Arab News, seorang pengunjung berkata, mereka hanya meraikan sambutan itu secara suka-suka dan tidak lebih daripada itu.

Ustazah Asma’ Harun luah rasa sedih dan kecewa

Selepas isu itu menjadi bualan warganet, penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun meluahkan perasaan sedih dan kecewa melihat Arab Saudi yang merupakan sebuah negara Islam menyambut perayaan ini secara besar-besaran.

Menerusi posting di laman sosial Facebook itu, Ustazah Asma’ berkata dia juga berasa risau apabila melihat anak muda di Malaysia turut menyambut perayaan itu.

PESTA HALLOWEEN BESAR-BESARAN, TANDA BENCANA UMAT AKHIR ZAMAN image is not availableSungguh mengecewakan dan menyedihkan. Akhir-akhir ini…

Posted by Ustazah Asma' Harun on Saturday, October 29, 2022

Tambahnya lagi, perayaan ini dilarang di sisi syarak kerana menyerupai perayaan orang bukan Islam serta melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan juga pendedahan aurat yang tidak terkawal.

image is not available

“Kita amat sedih dan bimbang saat tularnya berita mengenai pesta ini yang disambut di Arab Saudi yang mana ia merupakan sebuah negara Islam,” ujarnya.

Umat Islam harus membantah apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan yang melampau, ujar Ustazah Asma’.

Ada betul juga apa yang disampaikan oleh Ustazah ni, semoga diberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka untuk kekal istiqomah..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.