"Tanda Hadir!" - Aksi Lelaki Join Semua Perhimpunan Parti Politik Demi Baju Percuma, Buat Netizen Berdekah

Politics
9 Nov 2022 • 12:43 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bahang PRU-15 semakin dirasai. Kesemua parti politik sedang rancak berkempen demi meraih undi rakyat nanti. Macam biasa, rakyat Malaysia pasti memeriahkan suasana.

Viral di platform TikTok, seorang lelaki posing dengan selamba di setiap perhimpunan parti politik sempena hari penamaan calon yang disertainya!

Berdasarkan video yang dimuatnaik, jelas lelaki tersebut menggayakan pelbagai tshirt dari pelbagai parti politik yang bakal bertanding sempena PRU-15.

Ada netizen mendakwa kenal akan lelaki tersebut. Dia menyertai perhimpunan kesemua parti politik itu demi mengumpul tshirt percuma. PRU pun bukan tiap-tiap tahun ya dak? Benda percuma kita ambil. Undi tetap rahsia!

Jangan lupa turun mengundi!