Tanda Harga Siri Lenovo Yoga Generasi 9 Juga Tiba Di Pasaran Tempatan

TechnologyDigital
1 Apr 2024 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo telah memperlihatkan kemaskini untuk sejumlah siri komputer riba mereka yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Meteor Lake dan Raptor Lake Refresh terbaru. Ini termasuklah sejumlah siri komputer riba Lenovo Yoga yang kini dikenali sebagai “AI PC”, iaitu komputer riba yang tampil dengan kemampuan untuk menggerakkan tugasan kecerdasan buatan secara lokal dengan cip AI terbina.

image is not available

Komputer riba yang diperlihatkan termasuklah Lenovo Yoga 9i, Lenovo Yoga 9i 2-in-1, Lenovo Yoga 7i, Lenovo Yoga 7i 2-in-1, Lenovo Yoga Book 9i, Lenovo Yoga Pro 7i dan Lenovo Yoga Pro 9i. Kesemua komputer-komputer riba ini tampil dengan cip pemprosesan generasi Intel ke-14 Meteor Lake yang kini tampil dengan cip pemprosesan NPU yang digunakan untuk mempercepatkan pemprosesan yang lazimnya dilakukan oleh pemproses awanan.

image is not available

Selain daripada penggunaan cip pemprosesan Meteor Lake yang baru ini, komputer-komputer riba ini juga tampil dengan memori DDR5 sekurang-kurangnya 16GB, yang merupakan salah satu keperluan untuk sebuah komputer riba “AI PC”.

image is not available

Sejumlah siri komputer riba Lenovo Yoga generasi ke-9 ini sudahpun tiba ke pasaran Malaysia bersama-sama dengan tanda harganya.