Dalam diam, usahawan dan personaliti media sosial, Pinn Yang menghulurkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan kemanusiaan di Palestin. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Pinn Yang menerusi satu hantaran di Insta Story miliknya pada Isnin, memaparkan tangkap layar transaksi pemindahan wang ke akaun bank rasmi CGM. Sumbangan tersebut menarik perhatian ramai memandangkan Pinn Yang bukan individu Muslim, namun tetap menunjukkan keprihatinan terhadap nasib rakyat Palestin yang kini berdepan krisis kemanusiaan di Gaza. Artikel lain: Wira GSF Pulang! 23 Sukarelawan Malaysia Dijangka Tiba Di KLIA Malam Esok Tindakan lelaki berusia 32 tahun itu menerima pujian netizen yang menzahirkan rasa hormat dan terharu dengan keikhlasan tersebut. Rata-rata pengguna platform Threads menegaskan bahawa isu Palestin bukan sekadar soal agama atau bangsa, tetapi melibatkan nilai kemanusiaan sejagat. Sumbangan Pinn Yang hadir ketika tumpuan rakyat Malaysia kini diberikan kepada aktivis dan sukarelawan terlibat dalam misi Sumud Flotilla Gaza (GSF), selepas mereka ditahan tentera Israel sebelum dibebaskan baru-baru ini sekali gus menanti kepulangan ke tanah air. Langkah usahawan itu sekali lagi membuktikan bahawa semangat solidariti terhadap Palestin merentasi sempadan agama, bangsa dan latar belakang. Sumber: Instagram Pinn YangPinn Yang Sumbang RM30,000



Bukan soal agama

Atas dasar kemanusiaan

The post Tanda Prihatin, Pinn Yang Sumbang RM30,000 Buat Negara Bergolak appeared first on Borak Daily.



