Pinn Yang Sumbang RM30,000 Untuk Bantu Rakyat Pal*stin, Simbol ‘Buah Tembikai’ Jadi Tanda Solidariti

LocalPolitics
7 Oct 2025 • 4:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Pinn Yang tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM30,000 bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Pinn Yang menerusi Instagram Stories, dengan memuat naik tangkapan layar (screenshot) resit transaksi atas talian kepada akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza.

image is not available

Berdasarkan paparan tersebut, transaksi berjumlah RM30,000 itu dilakukan pada 6 Oktober (Isnin) sekitar jam 7.02 malam.

Dalam masa sama, Pinn Yang turut membuka satu ‘highlight’ khas di Instagram menggunakan emoji buah tembikai simbol solidariti global terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Tindakan spontan dan dermawan Pinn Yang itu menerima pujian ramai netizen yang menganggapnya sebagai contoh terbaik dalam menggunakan pengaruh media sosial untuk tujuan kemanusiaan.

Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa malam, jam 9.50.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-07 14:29:26

Hadiri Program Islamik, Vivy Yusof Dan Suami Diberi Pelepasan Pasport Sementara Ke Istanbul & Bosnia