Tanda Sokongan Tak Berbelah Bahagi, Majlis Bandaraya Copenhagen Namakan Semula Dataran Jadi Palestine Square

Entertainment
8 Mar 2025 • 2:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Copenhagen melakar sejarah apabila Majlis Bandaraya secara rasmi meluluskan cadangan menamakan semula salah satu dataran utamanya sebagai “Palestine Square.”

Memetik laporan Malaysia Kini keputusan ini dibuat selepas perbincangan panjang dan menerima sokongan majoriti dengan 29 undi menyokong.

image is not available

Terletak di daerah Norrebro, dataran yang kini berada di persimpangan Norrebrogade, Esromgade dan Hillerodgade akan mula menggunakan nama baharu secara rasmi pada 1 April 2025.

Penamaan ini mencerminkan sokongan berterusan Denmark terhadap Palestin dan rakyatnya.

Keputusan ini disambut baik oleh komuniti Palestin di Denmark, yang melihatnya sebagai tanda hubungan erat antara kedua-dua negara.

Langkah ini juga dianggap sebagai simbol solidariti rakyat Denmark terhadap perjuangan Palestin serta sokongan mereka terhadap hak kebebasan dan kemerdekaan.

image is not available

Ahli Majlis Bandaraya turut menzahirkan rasa bangga atas keputusan tersebut, menegaskan ia mencerminkan pendirian rakyat Denmark dalam menyokong hak Palestin untuk menubuhkan negara berdaulat.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved