“Tandatangan Pelan Damai.. Tiada Perang! Jutaan Nyawa Diselamatkan” – Trump

27 Oct 2025 • 12:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa jutaan nyawa berjaya diselamatkan selepas beliau menandatangani pelan damai antara Thailand dan Kemboja ketika berada di Malaysia.

Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan Malaysia sebagai negara hebat dan penuh tenaga selain memaklumkan bahawa beberapa perjanjian perdagangan serta nadir bumi turut dimeterai sepanjang lawatannya.

image is not available

“Tiada perang! Jutaan nyawa diselamatkan. Satu penghormatan besar dapat menyelesaikan perkara ini,” tulisnya sambil menambah beliau kini menuju ke Jepun.

Trump meninggalkan Malaysia pukul 10.06 pagi tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Ahad.

Beliau sedang mengadakan lawatan enam hari ke tiga negara Asia, termasuk Jepun dan akhir berakhir di Korea Selatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengucapkan selamat jalan.

image is not available

Foto: PMO

Semalam, Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Damai KL antara Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet.

image is not available

Foto: PMO

image is not available

Foto: PMO

Ia adalah usaha ke arah menamatkan pertikaian antara kedua-dua negara jiran itu yang telah berlarutan selama beberapa dekad.

Sumber: Truth Social